TEXT
READER

Bangunan ini menempatkan loceng kuil besar. Loceng yang diiktiraf pemerintah sebagai Harta Budaya Penting ini dibina pada zaman Nara (710–794) dan merupakan simbol dari Kuil Miidera di mana sering berlakunya konflik dan bencana. Khususnya, loceng terkenal dengan peranannya dalam legenda Musashibo Benkei, yang dikatakan telah mencurinya dari kuil dan menyeretnya hingga ke Gunung Hiei di Kyoto. Atas sebab ini, ia biasanya dikenali sebagai "loceng Benkei Hikizuri." Loceng kuno ini juga muncul dalam kisah-kisah lain, seperti kisah Tawara no Tota Hidesato yang membunuh lipan gergasi.
Peta lama susun atur perkarangan Kuil Onjoji dari penghujung zaman Kamakura menunjukkan sebuah menara loceng di tempat yang sama, iaitu di sebelah barat Kondo, di mana Menara Reishodo terletak hari ini. Struktur sekarang telah pun mengalami pengubahsuaian besar pada tahun 1930 menggunakan bahan binaan dari menara loceng asal.

“zaman Nara”

Zaman di mana Heijo-kyo, Nara adalah ibu negara. Ia berlangsung lebih dari 70 tahun (710-784), dan tujuh maharaja iaitu Genmei, Gensho, Shomu, Kouken, Junnin, Shotoku, dan Konin memerintah. Dalam sejarah seni, zaman Hakuho (670–710) adalah zaman Nara awal dan tahun kemudiannya (710-784) dinamakan zaman Tenpyo (710–784). Dinasti Nara.

“Loceng kuil besar”

Loceng kuil besar

Digelar bonsho, loceng gantung yang digunakan di kuil. Berlainan dari loceng muzikal Cina. Biasanya ia digantung di menara loceng dan dibunyikan menggunakan tukul kayu.

“Musashibo Benkei”

Musashibo Benkei (? –1189) adalah seorang sami pada zaman Kamakura awal. Namanya semasa kecil adalah Oniwakamaru, anak lelaki Kumano Betto (penjaga kuil Kumano). Menurut cerita rakyat, dia menamakan dirinya Musashibo dan tinggal di daerah barat Kuil Hieizan Enryakuji. Kemudian, dia menjadi terkenal semasa bertugas di bawah Minamoto no Yoshitsune, sentiasa setia walaupun semasa kejatuhan Yoshitsune. Dia menyelamatkan Yoshitsune di gerbang Ataka dan kemudian mati di Pertempuran Sungai Koromo. Nama Musashibo diabadikan di dalam "Gikei-ki" (catatan Yoshitsune), yokyoku (skrip teater Noh), kowaka-bukyoku (tarian traditisional Jepun), dan sebagainya.

“Gunung Hiei”

Gunung di timur laut Bandar Kyoto, terletak di sempadan antara Wilayah Kyoto dan Shiga. Ia terkenal sebagai gunung suci Ojo Chingo (kawasan pelindungan diraja) pada zaman dahulu. Ia mempunyai dua puncak di lereng gunungnya: Ohie atau Gunung O-dake (848 meter) di timur dan Gunung. Shimei-dake (839 meter) di barat. Kuil utama haluan Tendai, Kuil Enryakuji, terletak di lereng gunung bahagian timur.

“Tawara no Tota Hidesato”

Berasal dari keluarga bepengaruh di Shimotsuke pada pertengahan zaman Heian (794–1185). Dia dikatakan keturunan Fujiwara no Uona, Menteri Kiri. Seorang konstabel tentera di Daerah Shimotsuke. Pada tahun 940 dia mengalahkan Taira no Masakado dalam pemberontakan, dan atas pencapaiannya, dia diberi jawatan sebagai Gabenor Shimotsuke. Banyak cerita rakyat mengenai dirinya sebagai seorang pemanah hebat dan mengalahkan lipan gergasi di Gunung Mikami. Tahun kelahiran dan kematiannya tidak diketahui.

“zaman Kamakura”

Zaman yang berlangsung selama lebih kurang 150 tahun sejak Minamoto no Yoritomo mendirikan pemerintahan shogun di Kamakura hingga kematian Hojo Takatoki pada tahun 1333.

“Peta lama susun atur perkarangan Kuil Onjoji”

Peta lama susun atur perkarangan Kuil Onjoji

Peta ini dilukis dalam lima skrol: bahagian utara, bahagian tengah, bahagian selatan, san-bessho (tiga cabang), dan Kuil Nyoiji. Merujuk pada catatan seperti "Jimon Denki Horoku" (catatan kuil), peta ini dilukis pada akhir zaman Kamakura. Ini adalah rujukan berharga yang menunjukkan susun atur Miidera pada zaman itu. Harta Budaya Yang Penting. Dilukis semasa zaman Kamakura pada abad ke-14.

“Menara Loceng”

Menara Loceng

menara yang dibina khas untuk menempatkan loceng di atasnya

Zaman moden