TEXT
READER

Balai Tetamu Kangakuin yang diikitiraf sebagai Khazanah Negara ini menempatkan lukisan-lukisan ternama dari zaman Momoyama (hujung abad ke-16) di dua bilik bahagian selatan. Karya yang dihasilkan oleh Kano Mitsunobu ini menggambarkan gaya seni zaman ini dengan tepat. Mitsunobu adalah anak sulung Kano Eitoku, yang merupakan pelukis rasmi panglima perang Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi. Dia bekerja bersama ayahnya untuk lukisan Istana Azuchi yang terkenal, kemudian setelah kematian Eitoku, Mitsunobu meneruskan legasi ayahnya dengan menjadi pelukis untuk puak Toyotomi dan Tokugawa.
Lukisan yang paling menonjol adalah flora empat musim yang dilukis di atas daun emas sebanyak 15 panel di bilik pertama. Ia adalah karya Mitsunobu yang terkenal dan sering dianggap sebagai contoh utama lukisan dinding zaman Momoyama.
Di sudut beradu pula terletaknya suasana musim sejuk, dengan gambaran air terjun di antara gunung bersalji. Di bahagian kanan adalah gambaran musim luruh dengan lukisan plum dan ceri, juga bunga rhododendron (sejenis mawar) di atas air. Manakala di bahagian selatana adalah Mairado (pintu gelangsar kayu) yang dihiaskan dengan lukisan bunga hydrangea, iris, dan daun merah maple sebagai gambaran perubahan musim panas ke musim luruh. Kesemua lukisan-lukisan yang elegan dan menenangkan ini merupakan lambang gaya seni Mitsunobu.
Bilik kedua pula mempamerkan 24 panel lukisan burung dan bunga di atas kertas. Pokok pine dilukis di bahagian sudut barat laut bilik, dan dahannya dilukis ke kiri dan kanan sepanjang dinding. Di bawah pokok terdapat burung liar, itik, itik mandarin, burung pipit di atas buluh, burung kicuit di atas batu, dan burung kuntul di kawasan lalang air. Karya ini menggambarkan alam semulajadi yang menyegarkan.

“Balai Tetamu Kangakuin”

Balai Tetamu Kangakuin

“dua bilik bahagian selatan”

dua bilik bahagian selatan

“zaman Momoyama”

Salah satu blok zaman. Kira-kira 20 tahun ketika Toyotomi Hideyoshi mengambil alih kekuasaan pada akhir abad ke 16. Dalam sejarah seni, antara zaman Azuchi-Momoyama dan zaman Edo awal adalah penting sebagai tempoh peralihan antara Jepun abad pertengahan dan awal Jepun moden. Khususnya pembinaan istana dan kuil yang megah, juga lukisan pada pintu gelangsar kertas dan layar di dalam binaan itu. Perkembangan lukisan genre yang menunjukkan kehidupan harian, serta teknologi kraf seperti tembikar, kerja lakuer, pencelupan, dan tenunan adalah luar biasa.

“Kano Mitsunobu”

Kano Mitsunobu (1565-1608) adalah anak pertama Kano Eitoku (1543–1590) yang menjadi simbol seni pada zaman Momoyama. Dia menghasilkan sejumlah karya dengan ayahnya Eitoku ketika berkhidmat di bawah Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi, tetapi banyak karya mereka tidak ditemui. Lukisan layar dari Balai Tetamu Kangakuin di Kuil Miidera adalah salah satu karya terhebatnya.

“Oda Nobunaga”

Oda Nobunaga (1534 -1582) ialah seorang komander yang terkenal semasa Zaman Sengoku. Dia berasal dari Mino (wilayah Gifu sekarang), kemudian berhijrah ke Kyoto pada September 1568 dalam usaha untuk menyatukan negara dan mengangkat Ashikaga Yoshiaki sebagai shogun. Sebelum tiba di Kyoto, dia pernah bermalam di balai Gokuraku-in Kuil Miidera pada 24 September dan menggunakan balai Kojo-in sebagai penginapan untuk Yoshiaki. Nobunaga mendapat kuasa untuk sebahagian besar Jepun dan membina Istana Azuchi di Omi (wilayah Shiga sekarang). Cita-citanya untuk menakluk seluruh negara akhirnya gagal apabila dia menjadi mangsa rampasan kuasa oleh jeneralnya Akechi Mitsuhide di Kuil Honnoji pada tahun 1582.

“Toyotomi Hideyoshi”

Seorang panglima perang di pada zaman Azuchi-Momoyama. Pada mulanya dia adalah orang bawahan Oda Nobunaga. Selepas Nobunaga mati akibat akibat Peristiwa Honnoji (1582), dia mengambil alih kuasa; mengalahkan musuh dan menyatukan negara. Dari tahun 1583, Hideyoshi memulakan pembinaan Istana Osaka, menara istana yang mempunyai struktur lima tingkat yang mewah di luar dan struktur lapan tingkat di dalamnya yang sesuai untuk penguasa tertinggi. Semasa dia digelar Hotaiko, budaya bangsawan Momoyama seperti upacara minum teh dan lukisan Kano berkembang pesat.

Hubungan antara Kuil Miidera dan Hideyoshi adalah baik. Namun, pada tahun 1595 (sekitar hujung hayat Hideyoshi), dia secara tiba-tiba memerintah supaya semua harta Kuil Miidera untuk dirampas. Setelah kematian Hideyoshi pada bulan Ogos 1598, Kuil Miidera dikembalikan kepada asal oleh isterinya, Kita no Mandokoro.

“Kano Eitoku”

Seorang pelukis ternama yang hidup dari tahun 1543 hingga tahun 1590 pada Zaman Azuchi Momoyama (lewat abad ke-16). Beliau mempelopori gaya lukisan baharu yang mencerminkan dinamik sosial pada masa itu, yang berjaya menarik perhatian Nobunaga Oda dan Toyotomi Hideyoshi . Eitoku telah menghasilkan karya untuk Istana Azuchi, Jurakudai, Istana Osaka dan lain-lain. Dia mempunyai hubungan yang akrab dengan Konoe Sakihisa - ketua Keluarga Konoe - iaitu salah satu daripada lima keluarga bangsawan paling berkuasa di Jepun. Adik lelaki Konoe, Docho ialah ketua sami di Kuil Miidera. Ini mungkin menjelaskan mengapa anak sulung Eitoku, Mitsunobu, diamanahkan untuk menghasilkan lukisan dinding di Balai Tetamu Kangakuin.

“Istana Azuchi”

Oda Nobunaga mula membina Istana Azuchi pada tahun 1576 selama tiga tahun, bertapak di Omi Hachiman (wilayah Shiga sekarang) yang mempunyai pemandangan panoramik ke Tasik Biwa. Reka bentuk kompleks istana yang tersergam indah ini adalah baharu pada zaman itu, hasil dari kreativiti Nobunaga - contohnya tenshu (menara pusat) tinggi yang merupakan yang pertama di Jepun. Bahagian dalamannya dihiasi dengan lukisan dinding yang mengagumkan oleh artis seperti Eitoku Kano yang menggambarkan suasana sosial yang meriah. Ia telah musnah akibat kebakaran selepas kematian Nobunaga di Kuil Honnoji pada tahun 1582. Runtuhan istana ini kini telah ditetapkan sebagai Tapak Bersejarah Negara.

“flora empat musim”

flora empat musim

“sudut beradu”

sudut beradu

“Mairado (pintu gelangsar kayu)”

Mairado (pintu gelangsar kayu)

“lukisan burung dan bunga”

lukisan burung dan bunga