TEXT
READER

Balai Tetamu Kojoin adalah contoh struktur “shoin-zukuri”, gaya yang sekarang telah menjadi seni bina yang paling biasa digunakan dalam seni bina kediaman tradisional Jepun. Dewan ini dikatakan dibina pada tahun 1601 oleh Yamaoka Doami Kagetomo, seorang sami Kuil Miidera yang juga berperanan sebagai pejuang pada zaman Sengoku iaitu zaman perang dalaman di Jepun.
Susun atur di dalam dewan disusun supaya ruang ichi-no-ma dan ni-no-ma di barisan selatan terhubung bagi mewujudkan ruang upacara suci untuk khalayak umum. Unsur-unsur hiasan khas shoin-zukuri yang dinamakan “zashiki-kazari” menghiasi sudut sudut di dalam bilik.
Pelan lantai bangunan ini menyerupai “mukashi rokken shichiken no shuden no zu” iaitu rajah rumah gunung di Higashiyama, Kyoto pada zaman Muromachi (1336–1573). Maklumat struktur yang ini dicatat pada tahun 1608 di dalam “buku senibina Shomei”, yang ditulis oleh Heinouchi Masanobu iaitu seorang tukang kayu semasa pemerintahan shogun Edo. Balai Tetamu Kojoin adalah struktur seni bina yang sangat penting kerana ia menyimpan contoh awal gaya shoin-zukuri yang berasal dari Jepun abad pertengahan.

“shoin-zukuri”

Gaya shinden-zukuri diciptakan dalam masyarakat bangsawan pada zaman Heian dan berkembangkan seiring dengan masyarakat. Sejak zaman Kamakura dan seterusnya, gaya senibina disesuaikan dengan kehidupan para samurai yang berkuasa, khususnya untuk menerima tetamu dan upacara. Ia juga dipengaruhi oleh gaya seni bina Zen dari China, dan gaya unik ini telah menjadi inspirasi untuk binaan rumah kediaman keluarga tentera.

“Yamaoka Doami Kagetomo”

Yamaoka Doami (1540-1603) adalah seorang panglima perang dari zaman Sengoku hingga zaman Azuchi Momoyama, dilahirkan sebagai anak ke-4 Yamaoka Mimasakanokami Kageyuki, penguasa Istana Omi Seta (Seta, Bandar Otsu). Dia menjadi sami di Balai Kojoin yang diasaskan oleh Sukehiro (nenek moyang keluarga Yamaoka), dan digelar Senkei. Kemudian, dia berkhidmat di bawah Ashikaga Yoshiaki dan Oda Nobunaga, dan kemudian menjadi pembantu kepada Toyotomi Hidetoshi dan dinamakan Doami. Pada tahun 1601 setelah Perang Sekigahara, Tokugawa Ieyasu menganugerahkan 9000 koku tanah di daerah Omi dan memelihara waris puak Koga (asal usul keluarga Yamaoka). Menjadi tuan feudal pertama untuk Hitachi Futtohan (Futto, Bandar Inashiki, Wilayah Ibaraki) berkeluasan 10,000 koku tanah pada tahun 1603.

“Susun atur di dalam dewan”

Susun atur di dalam dewan

“zashiki-kazari”

zashiki-kazari

“pemerintahan shogun Edo”

Pemerintahan shogun yang didirikan oleh Tokugawa Ieyasu di Edo (sekarang Tokyo) pada tahun 1603. Ia berlangsung selama 265 tahun, dengan 15 shogun, sehingga pemulihan pemerintahan diraja oleh Tokugawa Yoshinobu pada tahun 1867. Jawatan tairo (penasihat veteran yang tidak tetap), roju (anggota kanan shogun), dan wakadoshiyori (junior kepada roju) dilantik sebagai pegawai tadbir. Selain itu, san-bugyo (tiga pentadbir) yang terdiri dari jisha, machi, dan kanjo ditugaskan untuk mengurus pentadbiran kuil dan tempatan. Ometsuke dan metsuke pula ditugaskan untuk memantau urusan kerajaan. Juga digelar pemerintahan shogun Tokugawa.

“Heinouchi Masanobu”

Heinouchi Masanobu (1583–1645) adalah tukang kayu pakar pada zaman Edo awal. Dia berasal dari pekan Naga di Daerah Kii (Wilayah Wakayama sekarang) dan terlibat dengan kerja pembinaan untuk keluarga Toyotomi dan keluarga Tokugawa bersama ayahnya Yoshimasa. Pada tahun 1632, semasa dia menjadi ketua kumpulan petukang untuk haluan Shitennoji dan giat dalam aktiviti mengajar ilmu dalam pembinaan kuil Jepun, pemerintahan shogun Edo melantiknya sebagai ketua tukang kayu yang bertanggungjawab dalam bidang pembinaan. Dia juga terkenal sebagai pengarang buku "Shomei", yang memaparkan rahsia teknik-teknik seni bina.

“buku senibina "Shomei"”

Buku mengenai rahsia teknik seni bina ditulis pada tahun 1608 oleh Heinouchi Masanobu, tukang kayu terkenal semasa pemerintah shogun Edo. Jenis buku reka bentuk seni bina seperti ini digelar "kiwari-sho", dan "Shomei" adalah antara contohnya.

“zaman Muromachi ”

Zaman semasa puak Ashikaga mengambil alih kuasa dan mendirikan pemerintahan shogun di Muromachi, Kyoto. Ia merangkumi sekitar 180 tahun dari tahun 1392 (tahun di mana Dinasti Selatan (Nan-chou) dan Dinasti Utara (Hoku-chou) bersatu) hingga tahun 1573 (apabila Yoshiaki, Shogun ke-15 dikalahkan oleh Oda Nobunaga). Penghujung Zaman Muromachi selepas Pengulingan Kuasa Meio juga dikenali sebagai Zaman Sengoku. Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan Zaman Nanbokuchou (1336–1392) termasuk dalam zaman Muromachi awal.

“rumah gunung di Higashiyama, Kyoto”

Kediaman Ashikaga Yoshimasa. Sekarang merupakan Kuil Ginkakuji.

“mukashi rokken shichiken no shuden no zu”

mukashi rokken shichiken no shuden no zu
Zaman Momoyama (Tahun ke-6 Era Keichō, 1601)