TEXT
READER

Bangunan ini dibina pada tahun 1616 di Nanshobo di Kuil Bizoji, salah satu daripada lima cabang Kuil Miidera. Ia dipindahkan ke bahagian selatan Kuil Miidera pada tahun 1909 dan kemudian dipindahkan lagi dan dibina semula di lokasi sekarang pada tahun 1956.
Dewan Bishamondo adalah dewan Buddha yang mengabadikan patung Bishamonten. Bangunan ini dibina dengan gaya seni bina Zen, juga menggabungkan unsur-unsur seni bina Jepun seperti pendakap kayu kumimono. Kekisi bercorakkan bunga hanazama dan reka bentuk rumit lain pada pintu kayu panel sankarato di bahagian depan bangunan memaparkan gaya elegan zaman Momoyama (1573–1600). Bangunan ini masih mengekalkan warnanya yang meriah setelah dipulihkan pada tahun 1989.

“lima cabang Kuil Miidera”

Cabang-cabang Kuil Miidera dibangunkan di sekitar kuil utama untuk tujuan menyelamatkan sebanyak mungkin orang dari zaman Heian dan seterusnya. Lima cabang itu terdiri dari Kuil Gonshoji, Bimyoji, Bizoji, Suikanji, dan Jozaiji itu juga digelar gobessho.

Pada asalnya, bessho (kuil cawangan) merupakan tempat keagamaan yang dinaungkan di bawah kuil utama dan terletak jauh dari tempat asal. Ia juga merupakan tempat untuk petapa, juga untuk orang suci dan sami gunung yang mengembara merentasi negara untuk berkumpul.

“Kuil Bizoji”

Salah satu dari lima cabang Kuil Miidera. Ia dilaporkan didirikan oleh Mahaguru Keiso (955–1019) dari Kuil Miidera pada zaman Heian (794–1185), dan dia menjadikan patung Kannon yang berwajah sebelas sebagai simbol utama kuil ini. Patung ini sebelumnya diabadikan di Kuil Shigadera yang mempunyai kaitan dengan Maharaja Tenji. Penyembah yang mahukan pertolongan dewa membanjiri kuil pada zaman Edo (1603-1868), dan menjadi begitu sesak sehingga topi para penyembah tercabut - menjadikan patung ini digelar "Kasanuge no Kannon" ("kasa" bermaksud topi" dan "nuge" bermaksud tercabut" dan meraih lebih populariti. Sekarang ia telah menjadi Harta Budaya Penting dan dipamerkan di Gudang Harta Budaya Kuil Miidera. Bangunan kuil Bizoji telah dirobohkan pada zaman Meiji (1868-1912), dan tanahnya dikembangkan sebagai Taman Nagara oleh Bandar Otsu. Bangunan Seni Kraf Nagara Bandar Otsu / Muzium Mitsuhashi Setsuko dibuka pada tahun 1995 dan mendapat perhatian ramai kerana tamannya yang kaya dengan alam semulajadi hatta berdekatan dengan pusat bandar.

“gaya seni bina Zen”

Gaya seni bina yang dibawa masuk ke Jepun oleh sami haluan Zen dari China pada awal zaman Kamakura. Juga disebut karayo.

“kumimono”

kumimono

Selalunya terletak di atas tiang. Blok-blok kayu saling bergabung untuk mengampu kasau atap. Juga digelar tokyō atau masugumi.

“Bishamonten”

Bishamonten

Salah satu dari Empat Raja Kayangan, juga salah seorang dari dua belas dewa. Dikatakan bahawa dia tinggal di pertengahan Gunung Sumeru bahagian utara untuk melindungi gunung bersama Yaksha dan Rakshasa. Dia juga dikatakan merupakan dewa yang melindungi harta karun. Dia digambarkan sebagai panglima garang berpakaian perisai, memegang pagoda di satu tangan dan tombak atau belantan di tangan yang lain. Salah seorang dari tujuh dewa tuah di Jepun. Dia juga digelar Tamonten yang biasanya digunakan bersama Empat Raja Kayangan. Nama lain adalah Kubira (Kubera dalam bahasa Sanskrit), iaitu dewa kekayaan menurut mitologi Hindu.

“sankarato”

sankarato

Pintu dengan papan tipis dan kekisi renji disusun menjadi bingkai kecil untuk pintu luar.

“hanazama”

hanazama

Ini adalah gaya Zen dan selalunya digunakan untuk pintu kayu sankarato dan tingkap kecil ramma untuk ruang tamu atau bilik belajar. Ia juga digelar hanaramma (hana bermaksud bunga dalam bahasa Jepun) kerana corak bunga pada kumiko (seni kayu halus) pada kekisi. Karya kumiko sebegini digelar hanakumiko atau hanako.

“zaman Momoyama”

Salah satu blok zaman. Kira-kira 20 tahun ketika Toyotomi Hideyoshi mengambil alih kekuasaan pada akhir abad ke 16. Dalam sejarah seni, antara zaman Azuchi-Momoyama dan zaman Edo awal adalah penting sebagai tempoh peralihan antara Jepun abad pertengahan dan awal Jepun moden. Khususnya pembinaan istana dan kuil yang megah, juga lukisan pada pintu gelangsar kertas dan layar di dalam binaan itu. Perkembangan lukisan genre yang menunjukkan kehidupan harian, serta teknologi kraf seperti tembikar, kerja lakuer, pencelupan, dan tenunan adalah luar biasa.

Zaman Edo (Tahun ke-2 Era Genna, 1616)