“Chisho Daishi”
Dilahirkan di kawasan yang sekarang diberi nama Zentsuji, Wilayah Kagawa pada tahun 814. Ayahnya berasal dari puak Wake, dan ibunya adalah anak saudara Kukai. Pada usia 15 tahun, dia pergi ke Gunung Hiei dan menjadi pengikut Gishin (778–833). Pada usia 40, dia pergi ke Tang China pada tahun 853 untuk mendalami ilmu Tendai dan agama Buddha esoterik di Gunung Tendai dan Chang'an. Kemudian, dia menyebarkan apa yang telah dipelajarinya setelah kembali ke Jepun. Dia menyimpan tulisan suci yang dibawa kembali dari Tang China di Dewan Toin dan menjawat jawatan sebagai ketua pentadbir pertama. Dia kemudian menubuhkan yayasan untuk mempromosikan Kuil Miidera ke kuil utama cawangan Jimon dengan melantik Kuil Miidera sebagai kuil cawangan haluan Tendai. Dia kemudian dilantik sebagai ketua sami Tendai yang kelima pada tahun 868 dan mengabdikan diri untuk kemakmuran agama Buddha selama 23 tahun. Dia menghembuskan nafas terakhir pada 29 Oktober 891.
“Momoyama”
Salah satu blok zaman. Kira-kira 20 tahun ketika Toyotomi Hideyoshi mengambil alih kekuasaan pada akhir abad ke 16. Dalam sejarah seni, antara zaman Azuchi-Momoyama dan zaman Edo awal adalah penting sebagai tempoh peralihan antara Jepun abad pertengahan dan awal Jepun moden. Khususnya pembinaan istana dan kuil yang megah, juga lukisan pada pintu gelangsar kertas dan layar di dalam binaan itu. Perkembangan lukisan genre yang menunjukkan kehidupan harian, serta teknologi kraf seperti tembikar, kerja lakuer, pencelupan, dan tenunan adalah luar biasa.
“Kano Mitsunobu”
Kano Mitsunobu (1565-1608) adalah anak pertama Kano Eitoku (1543–1590) yang menjadi simbol seni pada zaman Momoyama. Dia menghasilkan sejumlah karya dengan ayahnya Eitoku ketika berkhidmat di bawah Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi, tetapi banyak karya mereka tidak ditemui. Lukisan layar dari Balai Tetamu Kangakuin di Kuil Miidera adalah salah satu karya terhebatnya.
“lukisan layar Balai Tetamu Kangakuin”
Di ruang ichi-no-ma, bunga dan pokok sepanjang empat musim digambarkan pada pintu gelangsar yang ditekap dengan lapisan emas. Plum dan cemara Jepun dilukis pada empat pintu di utara. Pokok cedar dan ceri dilukis di antara sudut timur pintu di utara dan timur. Bunga kertas di belakang batu tepian air di sudut selatan dua pintu bahagian timur. Bunga tiga bulan, iris, kayu cedar, dan daun musim luruh di empat pintu mairado di selatan. Lukisan air terjun dan gunung bersalji di sudut bahagian barat. Setiap lukisan karya Kano Mitsunobu ini mempunyai gaya yang berbeza dari Kano Eitoku (ayahnya), dan dihargai kerana seni uniknya yang tenang dan elegan.
Di ruang Ni-no-ma, bunga dan burung dilukis di 24 pintu kertas. Dengan berpusatkan dua pokok pine di kiri dan kanan sudut barat laut, pokok pine dengan bunga wisteria, burung pegar, itik, dan itik mandarin digambarkan. Di bahagian timur terdapat rumpunan buluh dengan burung pipit, kicuit di batuan, manakala bahagian selatan dihiaskan dengan lukisan pinggir perairan dan bangau di celahan rumput buluh. Ini menggambarkan suasana alam semulajadi di ladang dan gunung, serta peralihan musim secara beransur-ansur dengan kesegaran.
“patung berdiri Kannon berwajah sebelas”
Pernah menjadi simbol utama Kuil Bizoji, salah satu cabang Kuil Miidera. Ia diukir dari sebatang kayu cemara yang beraroma, dari kepala hinggalah alas teratai di bahagian bawahnya. Patung unik ini digambarkan dengan pipi yang montok dan badan yang bulat. Ciri-ciri lain adalah ukiran di dada dan jubahnya yang indah dan elegan. Patung ini sangat dihargai sebagai ukiran unik Buddha haluan Tendai pada zaman Heian awal kerana ciri-ciri yang disebutkan di atas.
“patung duduk Kariteimo”
Patung ini dibuat dengan teknik yosegi-zukuri (dipasang dengan kepingan kayu) menggunakan kayu cemara, memegang delima di tangan kanannya dan memegang bayi di tangan kirinya dengan wajah yang penuh kasih sayang. Memakai jubah berwarna terang gaya Song dengan hiasan kirikane (lapisan nipis emas), dia duduk di alas bulat dengan satu kaki diletakkan di paha yang bertentangan. Ekspresi penyayang dan alunan kainnya menunjukkan ciri-ciri ekspresi realistik yang digunakan untuk ukiran pada zaman Kamakura awal (1185–1333).
“patung berdiri Kisshoten”
Patung ini telah dipuja sebagai dewi kebahagiaan, keindahan, dan kemewahan di Jepun sejak zaman Nara (710–794). Ia dibuat dengan teknik yosegi-zukuri (dipasang dengan potongan kayu) menggunakan kayu cemara. Penampilannya bersesuaian dengan dewi yang mengawal tuah: berdiri dengan megah, memegang permata di tangan kirinya dan memakai jubah gaya Song dengan rambutnya yang diikat ditutup dengan kain. Ia adalah patung dewi dengan raut wajah anggun dan pakaian yang cantik, melambangkan ekspresi realistik pada zaman Kamakura awal (1185–1333).
“patung duduk Chisho Daishi”
Patung duduk pengasas Kuil Miidera, Chisho Daishi (814–891) yang diukir dengan merujuk pada gambar duduk Chuson Daishi yang merupakan Harta Negara di Balai Toin. Ia diukir pada sebatang kayu cemara dari kepala hingga ke lutut dan bucu baju patung itu. Patung ini juga diwarnakan elok, dan ekspresinya wajahnya yang tenang dan lembut mengingatkan orang ramai mengapa ramai orang hormat terhadapnya.