“Tokugawa Ieyasu”
Tokugawa Ieyasu (1542–1616) adalah shogun pertama dari zaman pemerintahan shogun Tokugawa (memegang jawatan 1603-1605). Ieyasu adalah orang bawahan Imagawa Yoshimoto, kemudian bersekutu dengan Oda Nobunaga. Kemudian, dia berdamai dengan Toyotomi Hideyoshi. Dia dihadiahkan lapan wilayah Kanto oleh Hideyoshi pada tahun 1590 dan menggunakan Istana Edo. Setelah kematian Hideyoshi, dia berpindah ke Istana Fushimi untuk memerintah. Pada Perang Sekigahara pada tahun 1600, dia mengalahkan Ishida Mitsunari dan lain-lain. Pada tahun 1603, dia dinobatkan sebagai Seii Taishogun dan menubuhkan memulakan pemerintahan shogun Edo. Tidak lama kemudian dia melepaskan jawatannya dan Tokugawa Hidetada mengambil alih kuasanya. Ieyasu kemudian dikenali sebagai Ogosho (pesara shogun) dan masih terlibat dengan perkara-perkara penting, walaupun telah bersara di Sunpu pada tahun 1607. Dia mengalahkan puak Toyotomi di Pertempuran Osaka dan mendirikan tapak shogun yang bertahan selama 260 tahun. Selepas kematian, dia digelar Toshodaigongen.
“Kuil Sesonji”
Kuil haluan Soto yang terletak di Hiso, Oyodo-cho, Yoshino-gun, Wilayah Nara. Ini adalah kuil lama dan dilaporkan dibina di tebing kanan Sungai Yoshino dari zaman Asuka (538-710) hingga awal zaman Hakuho. Dahulunya digelar Kuil Hisodera, dan Tapak Kuil Hisodera telah dinobatkan sebagai Tapak Bersejarah Negara pada tahun 1927. Ia juga digelar Kuil Yoshinodera dan Kuil Genkoji.
“Toyotomi Hideyoshi”
Seorang panglima perang di pada zaman Azuchi-Momoyama. Pada mulanya dia adalah orang bawahan Oda Nobunaga. Selepas Nobunaga mati akibat akibat Peristiwa Honnoji (1582), dia mengambil alih kuasa; mengalahkan musuh dan menyatukan negara. Dari tahun 1583, Hideyoshi memulakan pembinaan Istana Osaka, menara istana yang mempunyai struktur lima tingkat yang mewah di luar dan struktur lapan tingkat di dalamnya yang sesuai untuk penguasa tertinggi. Semasa dia digelar Hotaiko, budaya bangsawan Momoyama seperti upacara minum teh dan lukisan Kano berkembang pesat.
Hubungan antara Kuil Miidera dan Hideyoshi adalah baik. Namun, pada tahun 1595 (sekitar hujung hayat Hideyoshi), dia secara tiba-tiba memerintah supaya semua harta Kuil Miidera untuk dirampas. Setelah kematian Hideyoshi pada bulan Ogos 1598, Kuil Miidera dikembalikan kepada asal oleh isterinya, Kita no Mandokoro.
“Istana Fushimi”
Istana ini dibina oleh Toyotomi Hideyoshi di Gunung Higashi-fushimi, Fushimi, Kyoto. Pembinaan bermula pada tahun 1592, tetapi musnah akibat gempa bumi pada tahun 1596. Istana dibina semula di Gunung Kohata, dan menjadikan pintu ke Kyoto di bawah kawalannya. Kemudian pada masa pemerintahan Shogun Edo, istana ini dilupuskan. Harta peninggalannya dipindahkan ke kuil lain seperti Kuil Daitokuji, Kuil Nishi Honganji, dan Kuil Toyokuni.
“patung Shaka Triad”
Bentuk triad dengan patung Shaka (Gotama Siddhartha) di tengah dan dua kyoji (pengiring) di kiri dan kanan. Antara gabungan kyoji adalah Monju dan Fugen, Yakuo dan Yakujo, atau Anan dan Kasho.
“palang pagar”
Untuk mengelak dari jatuh, palang pagar diletakkan di pinggir koridor sepanjang lantai.
“kumimono”
Selalunya terletak di atas tiang. Blok-blok kayu saling bergabung untuk mengampu kasau atap. Juga digelar tokyō atau masugumi.
“mitesaki”
Tiga kerangka kayu yang berbaris dari hadapan dinding jika dilihat dari tepi.
“batang sorin”
Bahagian yang dibuat dari logam dan diletakkan di bahagian atas pagoda. Walaupun hanya sebahagian terdiri daripada kurin (sembilan cincin), seluruh bahagian sorin biasanya disebut kurin.