TEXT
READER

Toin adalah bahagian paling suci di Kuil Miidera, yang mengandungi makam Chisho Daishi,, pengasas kuil.
Nama Toin berasal dari alat-alat ritual dan banyak kitab suci yang dibawa kembali oleh Chisho Daishi dari Tang China, atau disebut "To" dalam bahasa Jepun. Setelah Maharaja Seiwa mengetahui Chisho Daishi memerlukan tempat untuk menyimpan artifak ini, beliau menghadiahkan dewan tengah Jijuden dari Istana Diraja. Selain berfungsi sebagai gudang dan makam, Toin juga merupakan pusat latihan denpokanjo, sebuah ritual dalam mentauliahkan sami secara rasmi.
Dewan Daishido adalah struktur pusat Toin. Struktur yang wujud sekarang ini dibina pada tahun 1598, selepas Toyotomi Hideyoshi merampas semua aset Kuil Miidera pada tiga tahun sebelumnya. Ia dibina dalam gaya makam hogyo-zukuri, beratapkan kulit pohon cemara berbentuk khemah. Dewan ini menempatkan dua patung Chisho Daishi yang telah dinobatkan sebagai Khazanah Nasional, dan patung Kifudo yang diiktiraf sebagai sebuah Khazanah Penting Budaya.

“Chisho Daishi”

Chisho Daishi

Dilahirkan di kawasan yang sekarang diberi nama Zentsuji, Wilayah Kagawa pada tahun 814. Ayahnya berasal dari puak Wake, dan ibunya adalah anak saudara Kukai. Pada usia 15 tahun, dia pergi ke Gunung Hiei dan menjadi pengikut Gishin (778–833). Pada usia 40, dia pergi ke Tang China pada tahun 853 untuk mendalami ilmu Tendai dan agama Buddha esoterik di Gunung Tendai dan Chang'an. Kemudian, dia menyebarkan apa yang telah dipelajarinya setelah kembali ke Jepun. Dia menyimpan tulisan suci yang dibawa kembali dari Tang China di Dewan Toin dan menjawat jawatan sebagai ketua pentadbir pertama. Dia kemudian menubuhkan yayasan untuk mempromosikan Kuil Miidera ke kuil utama cawangan Jimon dengan melantik Kuil Miidera sebagai kuil cawangan haluan Tendai. Dia kemudian dilantik sebagai ketua sami Tendai yang kelima pada tahun 868 dan mengabdikan diri untuk kemakmuran agama Buddha selama 23 tahun. Dia menghembuskan nafas terakhir pada 29 Oktober 891.

“makam”

Panggilan hormat untuk "byo", iaitu kawasan untuk mengabadikan roh nenek moyang.

“Maharaja Seiwa”

Maharaja Seiwa (850-880) adalah maharaja yang memerintah pada awal zaman Heian. Putera keempat Maharaja Montoku. Ibunya adalah Fujiwara no Akirakeiko (Fujiwara no Meishi). Namanya adalah Korehito, juga dikenali sebgai Mizunoo-tei. Datuknya, Fujiwara no Yoshifusa bertugas sebagai sebagai sessho (pemangku untuk maharaja yang masih kecil atau maharani) kerana usianya yang masih muda. Dia menjalani kehidupan penganut Buddha yang taat dan mencukur kepalanya pada tahun 879. Nama selepas kematiannya adalah Soshin. (Tahun pemerintahan 858-876)

“denpokanjo”

Ritual keagamaan yang penting, dianjurkan untuk pengikut yang berjaya menguasai ajaran esoterik Buddha dan mengganti tempat Ajari, iaitu mahaguru. Ia diinspirasikan dari upacara penabalan raja dan putera dari India kuno, di mana air dituangkan di kepala mereka.

“Toyotomi Hideyoshi”

Seorang panglima perang di pada zaman Azuchi-Momoyama. Pada mulanya dia adalah orang bawahan Oda Nobunaga. Selepas Nobunaga mati akibat akibat Peristiwa Honnoji (1582), dia mengambil alih kuasa; mengalahkan musuh dan menyatukan negara. Dari tahun 1583, Hideyoshi memulakan pembinaan Istana Osaka, menara istana yang mempunyai struktur lima tingkat yang mewah di luar dan struktur lapan tingkat di dalamnya yang sesuai untuk penguasa tertinggi. Semasa dia digelar Hotaiko, budaya bangsawan Momoyama seperti upacara minum teh dan lukisan Kano berkembang pesat.

Hubungan antara Kuil Miidera dan Hideyoshi adalah baik. Namun, pada tahun 1595 (sekitar hujung hayat Hideyoshi), dia secara tiba-tiba memerintah supaya semua harta Kuil Miidera untuk dirampas. Setelah kematian Hideyoshi pada bulan Ogos 1598, Kuil Miidera dikembalikan kepada asal oleh isterinya, Kita no Mandokoro.

“merampas semua aset”

Kessho bermaksud tanah yang tidak mempunyai pemilik. Semasa zaman Kamakura dan Muromachi (1185–1358), tanah akan kehilangan pemilik jika dirampas oleh pemerintah shogun akibat kesalahan pemiliknya. Ia juga membawa maksud penyitaan aset selain tanah.

“hogyo-zukuri”

hogyo-zukuri

Jenis bumbung untuk bangunan empat segi sama, di mana setiap bumbung bertemu puncaknya di bahagian tengah.

“atap kulit pohon cemara”

atap kulit pohon cemara

Atap yang dibuat daripada kulit kayu cemara dan paku buluh.

“patung Kifudo”

patung Kifudo

Salah satu daripada tiga dewa yang hebat. Juga digelar Fudo Moyo-o Emas. Pengasas Miidera, Chisho Daishi Enchin (814–891) merasakan kehadiran dewa Kifudo semasa pertapaan dia di Gunung Hiei, dan melukis imejnya. Lukisan ini diangkat sebagai Harta Karun Nasional, kerana ia adalah lukisan Buddha dengan hanya satu Fudo Myo-o yang tertua. Lukisan dan patung yang dihasilkan pada zaman Kamakura (1185–1333) berdasarkan lukisan bersejarah itu amat jarang dilihat oleh umum. Dewa Kifudo melindungi Chisho Daishi sepanjang hidupnya dan disembah secara meluas oleh pelbagai mazhab kerana auranya yang luar biasa. Oleh itu, Kuil Miidera menjadi salah satu kuil pusat yang menyembah Fudo Myo-o.

Zaman Momoyama (Tahun ke-3 Era Keichō, 1598)