TEXT
READER

Pintu masuk di hadapan Kuil Miidera adalah gerbang menara beratapkan kulit pohon cemara dengan tiga bahagian, dengan laluan hanya di tengah. Gaya ini dikenali sebagai sangen-ikko dalam bahasa Jepun. Gerbang ini pada mulanya dibina di Kuil Jorakuji di Kota Konan, Wilayah Shiga, sebelum dipindahkan ke Istana Fushimi oleh Toyotomi Hideyoshi. Kemudian Tokugawa Ieyasu menyumbangkannya kepada Kuil Miidera pada tahun 1601.
Gerbang ini dibina pada tahun 1452 dan menampilkan ukiran tali kayu kaerumata dan pendakap kayu kumimono yang merupakan ciri khas zaman Muromachi (1336–1573). Patung-patung Kongorikishi (Nio) yang dibuat pada tahun 1457 diabadikan di kedua sisi pintu gerbang, sebagai peringatan sejarah panjang kuil.

“sangen-ikko”

sangen-ikko

“atap kulit pohon cemara”

atap kulit pohon cemara

Atap yang dibuat daripada kulit kayu cemara dan paku buluh.

“gerbang menara”

gerbang menara

Bangunan pagar dua tingkat. Bahagian atas tingkat pertama dikelilingi koshigumi (gugusan tanggam), manakala bumbung pula cuma di tingkat dua.

“Kuil Jorakuji”

Kuil haluan Tendai lama yang terletak di Nishitera, Konan. Ini adalah perhentian pertama di Jelajah Ziarah Omi Saikoku dan biasanya dipanggil sebagai Nishidera. Sami Rouben membinanya pada zaman Nara (710–794) dan dinobatkan sebagai pusat Aboshiyama-gosenbo (5,000 kuil di Gunung Aboshi). Ia mengandungi banyak harta budaya termasuk Dewan Utama dengan dewa Kannon bertangan seribu (disorokkan dari khalayak ramai) dan pagoda tiga tingkat yang telah diiktiraf sebagai Khazanah Negara.

“Toyotomi Hideyoshi”

Seorang panglima perang di pada zaman Azuchi-Momoyama. Pada mulanya dia adalah orang bawahan Oda Nobunaga. Selepas Nobunaga mati akibat akibat Peristiwa Honnoji (1582), dia mengambil alih kuasa; mengalahkan musuh dan menyatukan negara. Dari tahun 1583, Hideyoshi memulakan pembinaan Istana Osaka, menara istana yang mempunyai struktur lima tingkat yang mewah di luar dan struktur lapan tingkat di dalamnya yang sesuai untuk penguasa tertinggi. Semasa dia digelar Hotaiko, budaya bangsawan Momoyama seperti upacara minum teh dan lukisan Kano berkembang pesat.

Hubungan antara Kuil Miidera dan Hideyoshi adalah baik. Namun, pada tahun 1595 (sekitar hujung hayat Hideyoshi), dia secara tiba-tiba memerintah supaya semua harta Kuil Miidera untuk dirampas. Setelah kematian Hideyoshi pada bulan Ogos 1598, Kuil Miidera dikembalikan kepada asal oleh isterinya, Kita no Mandokoro.

“Istana Fushimi”

Istana ini dibina oleh Toyotomi Hideyoshi di Gunung Higashi-fushimi, Fushimi, Kyoto. Pembinaan bermula pada tahun 1592, tetapi musnah akibat gempa bumi pada tahun 1596. Istana dibina semula di Gunung Kohata, dan menjadikan pintu ke Kyoto di bawah kawalannya. Kemudian pada masa pemerintahan Shogun Edo, istana ini dilupuskan. Harta peninggalannya dipindahkan ke kuil lain seperti Kuil Daitokuji, Kuil Nishi Honganji, dan Kuil Toyokuni.

“Tokugawa Ieyasu”

Tokugawa Ieyasu (1542–1616) adalah shogun pertama dari zaman pemerintahan shogun Tokugawa (memegang jawatan 1603-1605). Ieyasu adalah orang bawahan Imagawa Yoshimoto, kemudian bersekutu dengan Oda Nobunaga. Kemudian, dia berdamai dengan Toyotomi Hideyoshi. Dia dihadiahkan lapan wilayah Kanto oleh Hideyoshi pada tahun 1590 dan menggunakan Istana Edo. Setelah kematian Hideyoshi, dia berpindah ke Istana Fushimi untuk memerintah. Pada Perang Sekigahara pada tahun 1600, dia mengalahkan Ishida Mitsunari dan lain-lain. Pada tahun 1603, dia dinobatkan sebagai Seii Taishogun dan menubuhkan memulakan pemerintahan shogun Edo. Tidak lama kemudian dia melepaskan jawatannya dan Tokugawa Hidetada mengambil alih kuasanya. Ieyasu kemudian dikenali sebagai Ogosho (pesara shogun) dan masih terlibat dengan perkara-perkara penting, walaupun telah bersara di Sunpu pada tahun 1607. Dia mengalahkan puak Toyotomi di Pertempuran Osaka dan mendirikan tapak shogun yang bertahan selama 260 tahun. Selepas kematian, dia digelar Toshodaigongen.

“kaerumata”

kaerumata

"Kaeru" bermaksud katak, dan "mata" bermaksud kangkang. Kaerumata adalah bahagian lengkung berbentuk seperti katak yang membuka kakinya, dan terletak di antara dua palang yang selari. Dikatakan juga namanya berasal dari "karimata" iaitu kepala panah yang bercabang dua.

“kumimono”

kumimono

Selalunya terletak di atas tiang. Blok-blok kayu saling bergabung untuk mengampu kasau atap. Juga digelar tokyō atau masugumi.

“Patung-patung Kongorikishi (Nio)”

Patung-patung Kongorikishi (Nio)
Zaman Muromachi (Tahun ke-4 Era Hotoku, 1452)