Muzium Harta Budaya Kuil Miidera

Melindungi dan Mewariskan Harta Budaya Yang Masih Kekal

Kuil Miidera adalah markas Buddha haluan Tendaijimon yang terletak di Kota Otsu, Wilayah Shiga, di sebelah timur Kyoto berhampiran Tasik Biwa iaitu tasik terbesar di Jepun. Nama rasminya adalah "Nagara-san Onjoji" dan dibina pada abad ketujuh sebagai tempat percutian Maharaja Tenji. Kemudian ia berkembang lagi di bawah jagaan Mahaguru Chisho Daishi Enchin (814-891), ketua sami haluan Tendai yang kelima. Perkembangan ini berterusan sehinggga ia dinobatkan sebagai salah satu kuil yang melambangkan Jepun, malahan dinamakan sebgai salah satu dari empat kuil terkemuka negara. Walaupun kuil ini telah mengalami banyak perang, ia sentiasa dibina kembali dan dengan demikian memperoleh nama "Kuil Phoenix".
Luasnya halaman kuil menghampiri 300 ekar (atau 115 hektar, 350,000 tsubo), dipenuhi bangunan kuil dan dewan yang mengandungi pelbagai Khazanah Negara dan Harta Budaya Penting. Ia adalah salah satu pemandangan paling terkenal di kawasan Omi, dan terkenal sebagai tempat untuk melihat bunga sakura pada musim bunga.

PICK UP

VR CONTENTS

3D SCAN