TEXT
READER

“Aka” adalah air yang dihadiahkan kepada Buddha. Air yang mengalir keluar dari batu-batu di dalam perigi ini dikatakan memiliki kekuatan rohani, dan perigi ini juga dikatakan telah digunakan untuk mandi pertama yang diberikan kepada Maharaja Tenji, Tenmu, dan Jito. Inilah asal usul nama Kuil Miidera, yang membawa maksud "Kuil Tiga Telaga".
Rumah Perigi Akaiya dibina pada tahun 1600 untuk menutup dan melindungi mata air suci ini. Reka bentuk bangunan yang rumit adalah ciri keanggunan zaman Momoyama (1573–1600). Terutamanya, tali kayu kaerumata di bahagian depan mempunyai ukiran naga yang luar biasa oleh Hidari Jingoro. Legenda mengatakan bahawa naga ini membuat onar setiap malam di Tasik Biwa, jadi Jingoro memukul paku ke mata naga itu untuk menenangkannya.

“Air yang mengalir keluar dari batu-batu”

Air yang mengalir keluar dari batu-batu

“Maharaja Tenji”

Maharaja Tenji (626–671) memerintah pada pertengahan abad ke-7. Dia bersubahat dengan Nakatomi no Kamatari untuk mengalahkan puak Soga, dan melaksanakan Reformasi Taika sebagai putera mahkota. Setelah ibunya, Permaisuri Saimei mati pada tahun 661, dia memerintah tanpa upacara penabalan rasmi. Pada tahun 667 dia berpindah ke Otsunomiya di Daerah Omi (sekarang Wilayah Shiga) dan naik takhta pada tahun berikutnya. Dia menambahbaik pentadbiran dalaman dengan mengenalkan Kogo-nenjaku (daftar keluarga) dan Undang-undang Omi. (Tahun pemerintahan 668–671)

“Tenmu”

Maharaja Tenmu (? -686) adalah maharaja yang memerintah pada akhir abad ke-7. Nama lainnya adalah Amanonunaharaoki no Mahito dan Oama. Putera ketiga Maharaja Jomei. Dia menjadi sami dan berpindah ke Yoshino pada tahun 671. Setelah kematian Maharaja Tenji, dia memenangi Perang Jinshin pada tahun 672, dan naik takhta di Istana Asuka Kiyomihara. Dia menggubal rukun negara (Yakusa no kabane) dan undang-undang yang baru, membaikpulih sistem pengadilan, dan merekod sejarah bangsa. (Tahun pemerintahan 673–686)

“Jito”

Permaisuri Jito (645–702) adalah permaisuri pada akhir abad ke-7. Puteri kedua Maharaja Tenji dan permaisuri Maharaja Tenmu. Gelarannya adalah Takamanoharahiro no hime dan Uno no Sarara. Setelah kematian Maharaja Tenmu, dia memerintah tanpa penabalan rasmi. Setelah kematian Putera Kusakabe, dia naik takhta. Istananya adalah Istana Fujiwaranomiya di Daerah Yamato. Dia menyerahkan takhta kepada Maharaja Monmu dan menjadi Daijo Tenno (gelaran untuk Maharaja Jepun yang melepaskan Takhta Kekwa kepada penggantinya). (Tahun pemerintahan 690–697)

“kaerumata”

kaerumata

"Kaeru" bermaksud katak, dan "mata" bermaksud kangkang. Kaerumata adalah bahagian lengkung berbentuk seperti katak yang membuka kakinya, dan terletak di antara dua palang yang selari. Dikatakan juga namanya berasal dari "karimata" iaitu kepala panah yang bercabang dua.

“Hidari Jingoro”

Seorang tukang kayu yang mahir dalam senibina kuil pada zaman Edo awal. Pakar ukiran dan seni bina, dia juga dikenali dari pelbagai kisah. Dia dikatakan sebagai pengukir "kucing tidur" di Kuil Toshogu di Nikko walaupun tiada sumber yang sah. Tahun kelahiran dan kematiannya tidak diketahui. Nemuri-neko (kucing tidur) di Kuil Toshogu di Nikko.

“ukiran naga”

ukiran naga
Zaman Momoyama (Tahun ke-5 Era Keichō, 1600)