TEXT
READER

Kondo adalah Dewan Utama Miidera, kuil utama agama Buddha haluan Tendaijimon. Pada mulanya dibangunkan pada abad ketujuh sebagai sebuah kuil yang terhubung dengan Maharaja Tenji (626-671), Miidera telah ditulis dalam catatan sejarah selama lebih dari 1,300 tahun. Ia telah mengalami beberapa perselisihan ganas yang berkaitan dengan konflik agama, malahan bangunannya dibakar dan kemudian dibina semula berulang kali.
Dewan ini dibina semula pada tahun 1599 oleh isteri Toyotomi Hideyoshi, Kita no Mandokoro. Ia terkenal dengan rekabentuknya dan dilihat sebagai simbol penting dalam seni bina zaman Momoyama (1573–1600). Atap kulit pohon cemara memberikan suasana yang indah dan nyaman.
Bahagian dalam dewan terbahagi kepada tiga ruang: gejin (tempat suci luaran), naijin (tempat suci dalaman), dan kojin (sudut mimbar). Simbol utamanya adalah patung Maitreya yang diabadikan di tengah tempat suci dalaman, iaitu ruang yang dibina dengan gaya tradisional kuil Buddha esoterik Tendai, dengan ciri unik yang meliputi lantai tanah yang terletak lebih rendah tanpa papan lantai. Patung itu disembunyikan dari pandangan orang ramai.

“haluan Tendaijimon”

Haluan Tendaijimon adalah mazhab Buddha yang mengagungkan pengasas haluan ini, Chisho Daishi Enchin (814–891), ketua Tendai kelima. Kuil utama haluan ini adalah Kuil Miidera (Kuil Onjoji) di Kota Otsu, Wilayah Shiga.
Pada akhir abad ke-10, para pengikut Chisho Daishi keluar dari haluan Tendai yang berpusat di Kuil Hieizan Enryakuji. Peristiwa ini mewujudkan dua cabang dalam haluan Tendai iaitu kumpulan Sanmon yang berpusat di Hieizan, dan kumpulan Jimon di Kuil Miidera.

“Dewan Utama”

Bangunan utama yang menempatkan simbol agung kuil. Bergantung kepada mazhab, ia juga digelar Kondo, Chudo, Butsuden, Mieidou, atau Amidado.

“Maharaja Tenji”

Maharaja Tenji (626–671) memerintah pada pertengahan abad ke-7. Dia bersubahat dengan Nakatomi no Kamatari untuk mengalahkan puak Soga, dan melaksanakan Reformasi Taika sebagai putera mahkota. Setelah ibunya, Permaisuri Saimei mati pada tahun 661, dia memerintah tanpa upacara penabalan rasmi. Pada tahun 667 dia berpindah ke Otsunomiya di Daerah Omi (sekarang Wilayah Shiga) dan naik takhta pada tahun berikutnya. Dia menambahbaik pentadbiran dalaman dengan mengenalkan Kogo-nenjaku (daftar keluarga) dan Undang-undang Omi. (Tahun pemerintahan 668–671)

“Toyotomi Hideyoshi”

Seorang panglima perang di pada zaman Azuchi-Momoyama. Pada mulanya dia adalah orang bawahan Oda Nobunaga. Selepas Nobunaga mati akibat akibat Peristiwa Honnoji (1582), dia mengambil alih kuasa; mengalahkan musuh dan menyatukan negara. Dari tahun 1583, Hideyoshi memulakan pembinaan Istana Osaka, menara istana yang mempunyai struktur lima tingkat yang mewah di luar dan struktur lapan tingkat di dalamnya yang sesuai untuk penguasa tertinggi. Semasa dia digelar Hotaiko, budaya bangsawan Momoyama seperti upacara minum teh dan lukisan Kano berkembang pesat.

Hubungan antara Kuil Miidera dan Hideyoshi adalah baik. Namun, pada tahun 1595 (sekitar hujung hayat Hideyoshi), dia secara tiba-tiba memerintah supaya semua harta Kuil Miidera untuk dirampas. Setelah kematian Hideyoshi pada bulan Ogos 1598, Kuil Miidera dikembalikan kepada asal oleh isterinya, Kita no Mandokoro.

“Kita no Mandokoro”

Secara umum, gelaran ini merujuk kepada isteri sah para bangsawan Sessho (pemangku untuk maharaja yang masih kecil atau maharani) atau Kanpaku (ketua penasihat untuk maharaja). Kemudian ia digunakan sebagai gelaran untuk Kodai-in, isteri sah Toyotomi Hideyoshi. Setelah kematian Toyotomi Hideyoshi, dia menyumbang untuk pemulihan Kuil Miidera dan pembinaan semula Dewan Utama.

“atap kulit pohon cemara”

atap kulit pohon cemara

Atap yang dibuat daripada kulit kayu cemara dan paku buluh.

“gejin (tempat suci luaran), naijin (tempat suci dalaman), dan kojin (sudut mimbar)”

gejin (outer sanctum), naijin (inner sanctum), and kojin (apse)

“patung Maitreya”

patung Maitreya

Maitreya adalah pentapa yang dijanjikan akan menjadi pengganti Buddha Shakamuni. Maitreya tinggal di kayangan Tushita dan merupakan Buddha masa depan. 5.67 bilion selepas kematian Buddha, dikatakan dia akan muncul di Bumi untuk menyelamatkan semua makhluk dengan memberi ajaran di tiga perhimpunan yang dinamakan Ryuge San-e.

Zaman Momoyama (Tahun ke-4 Era Keichō, 1599)