TEXT
READER

Toin adalah bahagian paling suci di Kuil Miidera, yang mengandungi makam Chisho Daishi, pengasas kuil.
Nama Toin berasal dari alat-alat ritual dan banyak kitab suci yang dibawa kembali oleh Chisho Daishi dari Tang China, atau disebut "To" dalam bahasa Jepun. Setelah Maharaja Seiwa mengetahui Chisho Daishi memerlukan tempat untuk menyimpan artifak ini, beliau menghadiahkan dewan tengah Jijuden dari Istana Diraja. Selain berfungsi sebagai gudang dan makam, Toin juga merupakan pusat latihan denpokanjo, sebuah ritual dalam mentauliahkan sami secara rasmi.
Dewan Kanjodo yang ada sekarang telah dibina semula pada zaman Keicho (1596-1615) sebagai tempat pemujaan untuk Dewan Daishido dan sebagai pusat latihan denpokanjo. Ia mempunyai atap unik irimoya-zukuri yang berkulitkan pohon cemara, dan atap karahafu yang dipasang di juluran atap bahagian tengah. Secara keseluruhan, bangunan ini mempamerkan gaya kediaman yang elegan yang pertama kali muncul pada zaman Heian (794–1185).

“Chisho Daishi”

Chisho Daishi

Dilahirkan di kawasan yang sekarang diberi nama Zentsuji, Wilayah Kagawa pada tahun 814. Ayahnya berasal dari puak Wake, dan ibunya adalah anak saudara Kukai. Pada usia 15 tahun, dia pergi ke Gunung Hiei dan menjadi pengikut Gishin (778–833). Pada usia 40, dia pergi ke Tang China pada tahun 853 untuk mendalami ilmu Tendai dan agama Buddha esoterik di Gunung Tendai dan Chang'an. Kemudian, dia menyebarkan apa yang telah dipelajarinya setelah kembali ke Jepun. Dia menyimpan tulisan suci yang dibawa kembali dari Tang China di Dewan Toin dan menjawat jawatan sebagai ketua pentadbir pertama. Dia kemudian menubuhkan yayasan untuk mempromosikan Kuil Miidera ke kuil utama cawangan Jimon dengan melantik Kuil Miidera sebagai kuil cawangan haluan Tendai. Dia kemudian dilantik sebagai ketua sami Tendai yang kelima pada tahun 868 dan mengabdikan diri untuk kemakmuran agama Buddha selama 23 tahun. Dia menghembuskan nafas terakhir pada 29 Oktober 891.

“makam”

Panggilan hormat untuk "byo", iaitu kawasan untuk mengabadikan roh nenek moyang.

“Maharaja Seiwa”

Maharaja Seiwa (850-880) adalah maharaja yang memerintah pada awal zaman Heian. Putera keempat Maharaja Montoku. Ibunya adalah Fujiwara no Akirakeiko (Fujiwara no Meishi). Namanya adalah Korehito, juga dikenali sebgai Mizunoo-tei. Datuknya, Fujiwara no Yoshifusa bertugas sebagai sebagai sessho (pemangku untuk maharaja yang masih kecil atau maharani) kerana usianya yang masih muda. Dia menjalani kehidupan penganut Buddha yang taat dan mencukur kepalanya pada tahun 879. Nama selepas kematiannya adalah Soshin. (Tahun pemerintahan 858-876)

“denpokanjo”

Ritual keagamaan yang penting, dianjurkan untuk pengikut yang berjaya menguasai ajaran esoterik Buddha dan mengganti tempat Ajari, iaitu mahaguru. Ia diinspirasikan dari upacara penabalan raja dan putera dari India kuno, di mana air dituangkan di kepala mereka.

“tempat pemujaan”

Tempat di hadapan kawasan suci utama (honden) kuil dan merupakan ruang pemujaan.

“irimoya-zukuri”

irimoya-zukuri

Atap gable (kirizuma-zukuri) dipasang di bahagian tengah bumbung, dan dihujung gable itu disambungkan dengan atap untuk keempat-empat sisi.

“atap kulit pohon cemara”

atap kulit pohon cemara

Atap yang dibuat daripada kulit kayu cemara dan paku buluh.

“atap karahafu”

atap karahafu

Atap gable karahafu yang disambungkan di hujung atap sebagai hiasan. Biasanya diletakkan di pintu masuk depan bangunan.

“zaman Heian”

Zaman Heian berlangsung selama kira-kira 400 tahun di antara pemindahan ibukota oleh Maharaja Kanmu pada tahun 794 dan penubuhan pemerintahan shogun Kamakura pada tahun 1185. Pusat pemerintahan berada di Heian-kyo (Kyoto sekarang). Umumnya, zaman ini terbahagi kepada tiga bahagian: Zaman Heian Awal, Pertengahan dan Akhir; bersamaan dengan tempoh menghidupkan semula sistem politik berdasarkan kod Ritsuryo, tempoh pemangku diraja, dan tempoh Insei iaitu pemerintahan oleh maharaja yang sudah bersara. (akhir zaman Heian diperintah oleh puak Taira.) Juga digelar Dinasti Heian.

Zaman Momoyama